Skip to content

Pendaftaran Murid Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2027

Follow Kelajuan Cahaya di:   

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan pendaftaran bagi kemasukan ke Tahun 1 untuk Kalendar Akademik Tahun 2027 adalah pada 15 Februari.

Proses pendaftaran ini dilakukan sepenuhnya secara dalam talian bagi memudahkan urusan para ibu bapa dan waris di seluruh Malaysia.

Tarikh Penting Pendaftaran

Permohonan pendaftaran akan dibuka secara rasmi mengikut tempoh berikut:

  • Tarikh Mula: 15 Februari 2026.
  • Tarikh Tutup: 31 Mac 2026.

Kriteria Kelayakan & Kohort Umur

Pendaftaran adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja mengikut ketetapan umur berikut:

  • Tujuh Tahun (6+): Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021.
  • Enam Tahun (5+): Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.

Langkah-Langkah Proses Pendaftaran Online

Pendaftaran boleh dibuat melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) dengan mengikuti turutan langkah di bawah:

  1. Pendaftaran Akaun: Layari laman sesawang https://idme.moe.gov.my untuk mendaftar akaun di Sistem Pengurusan IDentiti (idMe).
  2. Kemas Kini Maklumat: Masuk ke dalam sistem dan kemas kini maklumat peribadi ibu bapa atau penjaga serta maklumat anak yang ingin didaftarkan.
  3. Hantar Permohonan: Kemukakan permohonan pendaftaran sekolah secara lengkap melalui Modul Pengurusan Awam (MOEIS).

Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan benar bagi melancarkan proses penempatan anak-anak anda.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut mengenai proses pendaftaran , anda dinasihatkan untuk merujuk pertanyaan terus di KPM | e-Penyertaan dan sekiranya terdapat aduan, anda boleh membuat aduan terus di https://aduanmoeis.moe.gov.my

Anda juga boleh membuat panggilan Hotline Aduan Teknikal: 03-8884 3736 bagi mendapatkan bantuan teknikal dan maklumat yang sahih.

Pastikan anda terus mengikuti laman sesawang ini https://linen-frog-375556.hostingersite.com/ agar tidak terlepas sebarang perkembangan penting dan pengumuman terbaru mengenai pendidikan negara.