Jabatan Pembangunan Wanita (KPWKM) kini memperkenalkan satu inisiatif bimbingan komprehensif yang dikenali sebagai Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa).
Program ini direka khas untuk memperkasakan ibu tunggal dalam menghadapi cabaran hidup melalui tiga fasa tindakan utama: belajar, latihan, dan bimbingan guaman.
Syarat Umum Penyertaan
Bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang tepat, pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum berikut:
- Warganegara: Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Keadaan Semasa: Individu yang menghadapi masalah berkaitan kewangan, perundangan, atau psikososial.
Kriteria Ibu Tunggal Layak (KPWKM)
Kriteria khusus “Ibu Tunggal” dalam program ini terbahagi kepada tiga kategori utama:
- Kategori 1: Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/berpisah tetap, dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
- Kategori 2: Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami yang tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja, serta mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama.
- Kategori 3: Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).
3 Teras Utama & Modul Pembelajaran
Peserta akan didedahkan dengan tiga modul penting untuk membina kehidupan yang lebih stabil:
- Kemahiran Perundangan: Fokus kepada kefahaman prosedur tuntutan di mahkamah serta akses kepada perkhidmatan nasihat dan bantuan guaman yang sah.
- Pengurusan & Literasi Kewangan: Pendedahan mengenai perancangan kewangan yang stabil, strategi pengurusan hutang keluarga, dan peningkatan simpanan.
- Pembangunan Psikososial: Membina semula keyakinan diri, pengurusan emosi yang positif, dan pembentukan minda yang kental dalam menghadapi cabaran harian.
Fasa Pelaksanaan Program
Program ini dijalankan secara berperingkat bagi memastikan keberkesanan bimbingan:
- Fasa 1 (Pengenalan): Sesi dalam talian selama 2 jam bagi setiap modul ilmu asas.
- Fasa 2 (Pembangunan): Latihan intensif secara fizikal di 13 negeri seluruh Malaysia.
- Fasa 3 (Bimbingan & Bantuan Guaman): Khusus untuk pemohon yang memerlukan tindakan perundangan sebenar dan memenuhi syarat kelayakan bantuan guaman.
Maklumat Pendaftaran
Jangan lepaskan peluang ini untuk bangkit berdaya demi masa depan keluarga.
Pertanyaan: Hubungi bppp@jpw.gov.my atau talian 03-8323 1607 / 1265 / 1610 / 1616.
Tarikh Tutup: 20 April 2026.
Cara Memohon: Imbas kod QR pada poster atau layari pautan https://bit.ly/pendaftarankasihnita2026.
“Bangkit Berdaya, Bina Masa Depan” — Inilah masanya untuk anda mengambil langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Teruskan stay di blog kami untuk mendapatkan informasi terbaru yang lain!
Kami akan sentiasa berkongsi inisiatif-inisiatif kebajikan yang bermanfaat untuk komuniti.
