Musim cukai kembali lagi! Bagi tahun taksiran 2025, kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengemas kini senarai pelepasan cukai 2025 bagi individu pemastautin untuk membantu meringankan beban rakyat.
Berikut adalah ringkasan kategori utama pelepasan cukai yang boleh anda tuntut untuk mengurangkan cukai pendapatan anda:
1. Pelepasan Individu & Keluarga
Asas pelepasan cukai bermula dengan diri sendiri dan tanggungan asas:
- Individu & Saudara Tanggungan (RM9,000).
- Individu Kurang Upaya (RM7,000).
- Suami/Isteri/Bayaran Alimoni (RM4,000).
- Suami/Isteri Kurang Upaya (RM6,000).
- Pendidikan (RM7,000). Yuran pengajian bagi peringkat selain sarjana/PHD (bidang tertentu) atau peringkat sarjana/PHD (semua bidang) dan kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad RM2,000).
- Pemilikan Rumah (RM5,000 hingga RM7,000). Pembayaran faedah pinjaman perumahan bagi pembelian rumah pertama.
2. Kesihatan & Perubatan
Dalam usaha menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat, kerajaan menyediakan pelepasan yang meluas bagi kategori kesihatan dan perubatan.
- Kategori PERTAMA merangkumi perbelanjaan perubatan untuk diri sendiri, pasangan, atau anak (RM10,000). Ia melibatkan:
1. Penyakit Serius & Rawatan Kesuburan
2. Vaksinasi (Terhad RM1,000)
3. Rawatan Pergigian: (Terhad RM1,000).
4. Pemeriksaan Perubatan Penuh (Terhad RM1,000).
5. Anak Kurang Upaya: Diagnosis, intervensi awal, atau pemulihan (Terhad RM6,000). - Ibu Bapa & Datuk Nenek (RM8,000). Perbelanjaan merangkumi rawatan perubatan, keperluan khas, rawatan pergigian, dan kos upah penjaga. Pemeriksaan perubatan penuh dan vaksinasi untuk mereka (Terhad RM1,000).
- Peralatan Sokongan Asas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) (RM6,000). Pembelian peralatan sokongan asas untuk diri sendiri, pasangan, anak, atau ibu bapa yang merupakan OKU.
3. Gaya Hidup & Pendidikan
Kerajaan terus menggalakkan gaya hidup sihat dan juga pembudayaan ilmu serta peningkatan kemahiran dalam kalangan rakyat.
- Perbelanjaan Gaya Hidup (RM2,500). Merangkumi pembelian bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar/tablet, bil internet, dan yuran kursus peningkatan diri.
- Pelepasan Sukan (RM1,000). Pembelian peralatan sukan, sewaan fasiliti, yuran pertandingan, dan keahlian gimnasium.
- Pelepasan Gaya Hidup Tambahan (RM2,500). Perbelanjaan yang melibatkan: Kenderaan Elektrik (EV) dan Mesin Kompos Sisa Makanan Domestik.
4. Insurans & Simpanan Masa Depan
Pelepasan ini penting untuk perlindungan jangka panjang:
- Insurans Nyawa & KWSP (RM7,000).
- SSPN (RM8,000).
- Insurans Pendidikan & Perubatan (RM4,000).
- Caruman PERKESO (RM350).
- Skim Persaraan Swasta (PRS) (RM3,000).
5. Pelepasan Anak
Bagi ibu bapa, terdapat beberapa kategori pelepasan mengikut umur dan status anak:
- Anak Bawah 18 Tahun (RM2,000).
- Anak 18 Tahun Ke Atas yang belajar (RM2,000)-Diploma ke bawah atau (RM8,000) -Diploma/Ijazah ke atas.
- Yuran TASKA/TADIKA (RM3,000) untuk anak berumur 6 tahun ke bawah.
- Peralatan Penyusuan (RM1,000) sekali setiap 2 tahun taksiran untuk pembayar cukai wanita sahaja.
- Anak Kurang Upaya (RM8,000) bagi setiap anak yang dikategorikan sebagai kurang upaya dan belum berkahwin.
- Pelepasan Tambahan (RM8,000) bagi setiap anak, 18 tahun ke atas, belum berkahwin, dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi diploma dan ke atas di Malaysia, atau peringkat ijazah dan ke atas di luar negara.

Kesimpulan
Pastikan anda menyimpan semua resit pembelian dan dokumen berkaitan sebagai bukti tuntutan jika diminta oleh pihak LHDN di kemudian hari.
Perancangan awal boleh membantu anda memaksimumkan penjimatan cukai secara sah.
Sila layari portal rasmi di www.hasil.gov.my atau layari portalv https://linen-frog-375556.hostingersite.com/ untuk dapatkan maklumat berkaitan dengan lebih lanjut.
