Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026 – 2035 (atau juga dikenali sebagai Rancangan Pendidikan Negara – RPN) merupakan pelan strategik sepuluh tahun yang telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Januari 2026.
Pelan ini merupakan kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025, dengan matlamat untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi, berdaya tahan, dan mahir dalam teknologi masa hadapan.
Berikut adalah ringkasan perubahan dan inisiatif utama di bawah RPM 2026 – 2035:
A. Pendidikan Awal
1. Pelaksanaan Kemasukan Prasekolah dan Tahun Satu
Bermula pada 2027, umur kemasukan ke prasekolah ditetapkan pada 5 tahun dan Tahun Satu pada 6 tahun (tertakluk kepada kesediaan murid).
Ibu bapa boleh mendaftar secara sukarela ke Tahun Satu seawal usia 6 Tahun.
B. Penilaian dan Kurikulum
1. Matriks Pembelajaran Malaysia
Peperiksaan yang ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berdasarkan sistem penilaian kemajuan murid (Learning Metrics) bagi pelajar:
- Tahun 4: (mulai 2026) melibatkan 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
- Tingkatan 3: (mulai 2027) melibatkan 5 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
2. Pendedahan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Pendedahan kepada TVET dimulakan lebih awal dalam kurikulum sekolah 2027 untuk memberi pilihan kerjaya yang lebih luas selain laluan akademik tradisional.
- Sekolah Kebangsaan: Pendidikan TVET bermula dari Tahun 1 – Tahun 6
- Sekolah Menengah: Kandungan, kemahiran dan nilai TVET diperluas di Tingkatan 1, 2, dan 3 yang menfokuskan kepada teknologi dan digital.
3. Pemerkasaan Jati Diri
- Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah: wajib diajar mengikut kurikulum kebangsaan di semua jenis sekolah, termasuk Sekolah Antarabangsa, Sekolah Swasta, dan Sekolah Agama Rakyat.
- Mata pelajaran Bahasa Inggeris: penguasaan ditingkatkan.
- Mata pelajaran Bahasa Ketiga: seperti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil penguasaan diperluas.
C. Pendidikan Tinggi
1. Pendidikan Percuma (Yuran) Pelajar OKU
Perluasan pendidikan percuma di seluruh IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti yang melibatkan 3,000 pelajar OKU.
2. Kouta Penerima Pendidikan Percuma / Biasiswa PTPTN dinaikan
Peningkatan kuota biasiswa PTPTN daripada 5800 kepada 10000 orang untuk keluarga miskin tegar.
3. Jaminan untuk Pelajar Cemerlang
Pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma yang cemerlang dengan PNGK 4.0 dijamin mendapat tempat di IPTA berasaskan keupayaan universiti dan MERIT.
4. Tambahan Penempatan ke IPTA
Tambahan 3,000 tempat ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi tahun 2026 yang mengsasarkan pelajar cemerlang dan lepasan STPM. 10 kursus utama yang ditawarkan:
- Data Sains / Data Analitik / Sains Komputer
- Undang-Undang
- Perakaunan
- Kewangan dan Perbankan
- Kewangan Islam
- Kecerdasan Buatan
- Ekonomi
- Bahasa (Melayu / Inggeris / Asing)
- Komunikasi
- Pengajian Media
5. Pengurusan Pendidikan Pra-Universiti
Mulai tahun 2027, pengurusan pendidikan pra-universiti (Tingkatan 6 dan Matrikulasi) akan diambil alih sepenuhnya oleh KPT.
Untuk memastikan kesinambungan kurikulum dan transisi pendidikan yang lebih lancar dari peringkat pra-universiti ke Ijazah Sarjana Muda.
6. Pendidikan Sebagai Teras Pembinaan Bangsa
Subjek Mata Pelajaran Umum (MPU) akan disusun semula dan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu di semua universiti awam dan swasta.
Kandungan MPU akan memberi penekanan kepada pemahaman Perlembagaan Malaysia dan sejarah negara, khusus untuk pelajar tempatan.
C. Pendidikan Teknikal dan Vokasional
1. Pemerkasaan TVET
Kerajaan Malaysia komited memperkukuh TVET melalui pendekatan berikut:
- Digitalisasi dan Kecerdasan Buatan (AI) akan diterapkan.
- Akta baharu akan digubal khusus untuk memperkukuh peranan institusi TVET.
- 10 Politeknik Premier telah dikenal pasti untuk dinaik taraf secara berterusan sebagai pusat kecemerlangan.
D. Sokongan Pelajar dan Guru
1. Inisiatif Penginapan Pelajar IPTA
Kerajaan komited menyelesaikan isu penginapan pelajar di universiti awam (IPTA).
Kerjasama strategik antara universiti dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLC).
Komitmen utama:
- Menyediakan 5,000 penginapan tambahan.
- Menjamin yuran penginapan yang tidak membebankan pelajar.
2. Bilik Guru Selesa
Peruntukan RM100 juta disediakan untuk menaik taraf bilik guru di seluruh negara bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.
E. Reformasi Sekolah
Sekolah Inspirasi: Mewujudkan 5 sekolah rendah dan 5 sekolah menengah di setiap daerah sebagai penanda aras kecemerlangan dan inovasi pendidikan.
Rancangan Pendidikan Negara Malaysia 2026 – 2035 ialah pelan transformasi menyeluruh yang menekankan pendidikan inklusif, kemahiran abad ke-21, jati diri nasional, dan reformasi sistem dari prasekolah hingga pengajian tinggi.
Ia melibatkan perubahan kurikulum, penilaian, bahasa pengantar, serta pemerkasaan TVET dan digitalisasi.
