Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikendalikan oleh Yayasan MyKasih kini kembali untuk tahun 2026.
Untuk pengetahuan anda, program ini dikategorikan kepada dua bantuan: SARA Bulanan dan SARA Untuk Semua (One-off).
Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima SARA RM100 secara one-off mulai 9 Februari 2026.
Kelayakan SARA One-Off
Program SARA one off ini terbuka kepada:-
- Semua warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai MyKad yang sah
- Termasuk bagi penerima SARA Bulanan yang sedia ada.
Tiada permohonan diperlukan dan semakan kelayakan boleh dibuat sehari sebelum tarikh pelaksanaan.
Tarikh Rasmi Pengagihan
Tarikh rasmi pengagihan bantuan SARA One-off kepada semua penerima yang layak adalah:
9 Februari 2026.
Pastikan anda menyemak status kelayakan anda lebih awal melalui saluran rasmi https://checkstatus.mykasih yang disediakan.
Cara Pengagihan SARA One-Off
SARA One-Off 2026 diagihkan terus melalui MyKad penerima.
Bantuan ini tidak diberi dalam bentuk tunai tetapi dikreditkan sebagai nilai elektronik yang boleh digunakan untuk membeli barangan runcit asas di kedai dan pasar raya terpilih seluruh negara.
Muat Turun Aplikasi MyKasih
Orang ramai digalakkan untuk memuat turun aplikasi MyKasih.
Selain memudahkan Semakan Status Kelayakan, aplikasi ini juga boleh digunakan untuk:
- Semakan Baki Bantuan
Penerima boleh melihat jumlah kredit bantuan yang masih ada dalam akaun MyKad mereka. - Semakan Senarai Barangan Layak
Aplikasi memaparkan senarai barangan asas yang diluluskan untuk dibeli menggunakan bantuan, seperti makanan, barangan dapur, dan keperluan harian. - Imbas Kod Produk
Fungsi imbasan (scan) membolehkan pengguna memastikan barangan yang dipilih adalah sah untuk dibeli dengan bantuan sebelum membuat pembayaran. - Semakan Senarai Kedai Berdekatan
Aplikasi menunjukkan lokasi pasar raya, kedai runcit, dan farmasi yang mengambil bahagian dalam program MyKasih. Ini memudahkan penerima mencari tempat yang menerima transaksi bantuan.
Aplikasi ini direka untuk memastikan bantuan digunakan secara berkesan dan telus.
Rujukan Rasmi
Untuk keterangan lanjut, sila layari: Laman web rasmi: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau anda juga boleh teruskan membaca artikel berkaitan di halaman sesawang ini.
